(The English version is below)
Bahasa Malaysia
Satu-satunya jambatan dua tingkat
BARANGKALI tidak ramai yang tahu Jambatan Kota merupakan jambatan dua tingkat pertama dibina di Semenanjung Tanah Melayu dan Asia Tenggara pada tahun 1957. Sehingga hari ini, ia masih kekal menjadi satu-satunya jambatan dua tingkat yang ada di Malaysia.
Menurut Penyelidik Sejarah Selangor, Faisal Surani, jambatan yang siap sepenuhnya pada tahun 1959 itu dibina bagi menggantikan kedua-dua jambatan sementara iaitu pontoon Bailey.
Jambatan terapung yang dibina sebelum Jambatan Kota.

“Pembinaan jambatan itu dijalankan oleh firma British, Dorman Long (Bridge and Enginering) Ltd. manakala cerucuk asasnya pula dibina oleh firma Gammon (Malaya) Ltd.
“Kos pembinaannya menelan hampir $7 juta (Nilai Sekarang RM29.14 juta) dengan panjang kira-kira 457 meter, lebar 6.7 meter dan 12.19 meter atas paras sungai,” katanya.
Dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah pada 24 Jun 1959, jambatan itu pada mulanya dinamakan Jambatan Alam Shah.
“Namanya kemudian ditukar kepada Jambatan Kota memandangkan kedudukan jambatan itu berhampiran dengan Istana Bukit Kota yang terletak di Kota Raja Mahadi.
“Tingkat bawah jambatan digunakan sebagai laluan pejalan kaki, beca, basikal dan motosikal, manakala tingkat atas pula khusus untuk kenderaan-kenderaan berat,” katanya.
Menggunakan struktur besi sebagai asas binaan, jambatan itu pada masa dahulu merupakan nadi perhubungan dan pergerakan penduduk di bahagian utara dan selatan Klang merentasi Sungai Klang.
“Kewujudan infrastruktur itu telah memendekkan jarak dan masa perjalanan dari pelabuhan ke Kuala Lumpur ,di samping membuka kembali laluan sampan dan tongkang di Sungai Klang yang selama ini terhalang oleh dua jambatan Bailey,”ujarnya.
Pada peringkat awal ketika pembinaan jambatan ini, mayat seorang remaja tanpa kepala telah ditemui hanyut berhampiran tiang jambatan.
“Hal ini telah menyebabkan ramai pekerja buruh jambatan mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta-merta sehingga hampir menyebabkan projek pembinaan jambatan terbengkalai.
“Ditambah lagi dengan penyebaran khabar angin peristiwa serupa ketika pembinaan Jambatan Belfield 50 tahun lalu menyebabkan keadaan menjadi amat serius sehingga menjadi tajuk akhbar tempatan ketika itu. Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa melakukan kempen pada tahun 1957 bagi menerangkan kepada orang ramai bahawa jambatan dibina menggunakan besi serta simen dan bukan menggunakan kepala manusia.
“Selain itu, pembinaan jambatan ini juga telah menyebabkan seorang buruh Cina mati terhimpit ketika bekerja di tingkat atas,” katanya.
Pada 21 Januari 1992, Jambatan Kota telah ditutup kepada laluan kenderaan apabila Jambatan Kota baru siap sepenuhnya.
“Sebahagian hujung Jambatan Kota di sebelah Klang Utara telah dirobohkan untuk memberi laluan jambatan baru. Jambatan ini telah diserah kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai salah satu mercu tanda bersejarah daerah Klang dan Klang Bandar Diraja,” katanya.
Dalam pada itu, sebelum pembinaan Jambatan Kota, Pentadbiran Tentera British (BMA) telah pun membina Jambatan Madras dan Jambatan Sydney sebagai penghubung sementara selepas berakhir Perang Dunia Kedua bagi menggantikan Jambatan Belfield.
Pembinaan dua jambatan sementara ini dilakukan kerana kekangan kewangan selepas perang yang dialami pihak British.
“Jambatan pontoon jenis Bailey ini turut dikenali sebagai Jambatan Bailey Madras dan Jambatan Bailey Sydney.
“Jambatan Madras boleh menampung kenderaan sehingga 12 tan sementara jambatan Sydney boleh menampung kenderaan sehingga 20 tan.
“Kedua-dua jambatan ini mempunyai lorong kenderaan dan lorong pejalan kaki yang berasingan yang digunakan selama 13 tahun bermula pada 1946,” katanya.
Tambahnya, Jambatan Madras bagaimanapun pernah putus dan tenggelam pada tahun 1950 dan 1951 serta hampir mengorbankan nyawa manusia dan menenggelamkan sebuah bas. Pada tahun 1952, kedua-dua jambatan telah diperbaiki dengan kos sebanyak $500,000 (RM2.1 juta mengikut kadar terkini).
Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/satu-satunya-jambatan-dua-tingkat-1.187219#ixzz5P5465Dzp
English
On this day in 1957, the Government had approved the construction of the Kota Bridge in Klang. This bridge was the biggest at that time, measuring 1,500 feet and cost RM7 million. The two-tiered bridge spanning across the Klang River was built by a British company, Dorman Long, which had also built the famous bridge in Australia, the Sydney Harbour Bridge. This bridge was important to the country’s economy as it connected Kuala Lumpur with Port Swettenham which is now known as Port Klang. It was constructed near a fort built by Raja Mahadi during the civil war between Tengku Kudin and him at the end of the 19 century. The top part of this bridge had a 22-foot road for vehicles travelling to and fro Kuala Lumpur and Port Swettenham while the lower tier was especially meant for trishaws, bicycles and other types of light vehicles. It is made from reinforced steel. Stretching 500m across the Klang River, it connects Pengkalan Batu and Jalan Pasar. This bridge played an important role in the development of Port Klang. Without it, Port Klang would not have prospered and able to fully function as all trading goods from the Malay Peninsula which were to be exported through Port Klang had to go through Kota Bridge. Likewise for imported goods which arrived at the port before being distributed throughout the country.
It has been closed to public on January, 21, 1992.
In 1997, the Council decided to turn the Kota Bridge into an attraction in Klang. From the bridge, you can see a lovely view or the Sultan Suleiman Royal Mosque.