Warisan Sungai Klang

river news

  • Home
  • About
  • History of Kota Bridge & Klang River
    • History of Kota Bridge
    • History of Klang River
  • Club Activities
  • Media
  • Resources
    • River News
    • River Conservation Worldwide
  • Coming Event
  • Donate

6th Nov 2019
Berita Harian
[VIDEO]Lori selamba buang sampah dalam Sungai Klang
Picture
PETALING JAYA [DIKEMASKINI]- Selamba tuang sampah ke dalam Sungai Klang. Itu perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu lori yang berjaya dirakam di tepi Sungai Klang berhampiran Taman Medan di sini.
Lori bermuatan 3 tan membawa sampah domestik itu dipercayai lolos masuk ke kawasan tebing sungai itu menerusi satu pintu dari kawasan berhampiran.
Difahamkan, terdapat pihak yang menjaga kawasan terbabit dan hanya membenarkan lori tertentu masuk ke kawasan itu untuk membuang sampah.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kegiatan pembuangan sampah di tepi Sungai Klang berlarutan sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, perbuatan itu berhenti seketika sebelum ini sebelum ia berulang apabila penduduk menyedari terdapat beberapa lori mula keluar masuk ke kawasan tebing sungai sejak beberapa hari lalu.

READ MORE...

New Straits Times
4th November 2019
Selangor mulls having another river rubbish extractor
Picture
SHAH ALAM: The Selangor government is looking into extending the tenure of a Dutch river rubbish extractor.
Menteri Besar Amirudin Shari said this was because the Interceptor had been very successful in removing rubbish from Sungai Klang since August.
It is on loan from non-profit organisation The Ocean Cleanup at no cost to the state government for a year.
The state government is also considering having another Interceptor in its rivers.

READ MORE...

4th November 2019
Sinar Harian
​Interceptor 002 mula beroperasi di Sungai Klang
Picture
SHAH ALAM - Jentera yang digunakan untuk kutipan sampah dalam sungai atau Interceptor 002 mula beroperasi di Sungai Klang sejak Ogos lalu.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jentera di bawah kendalian The Ocean Cleanup itu adalah teknologi dari Netherland yang digunakan untuk pembersihan sungai di bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Menurutnya, Sungai Klang dipilih sebagai lokasi projek pembersihan sungai oleh syarikat tersebut tanpa sebarang kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri.


​READ MORE...

The Star
19th Oct 2019

​Sg Kim Kim was just the tip of the ‘dirty river’ iceberg
Picture
READ MORE...

23rd Sep 2019
Astro Awani
​80 peratus sungai di bandar 'mati' akibat pencemaran
Picture
LEBIH 80 peratus sungai di bandar-bandar utama di negara ini boleh dianggap sungai 'mati' akibat pencemaran terutamanya sisa industri yang semakin meningkat setiap tahun.

Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mendedahkan, akibat pembangunan pesat kebanyakan sungai di bandar kehilangan keupayaan ekosistem untuk membekalkan air bersih, memproses kumbah dan mengekalkan produktivitinya.

READ MORE...

19th Aug 2019
Malaysia Kini
River of Life - a vanity project that fails to measure up
Picture
C4 Center expresses concern over the state of the River of Life (ROL) project which was allocated a whopping RM4.4 billion for the redevelopment of 10km of the Klang River in central Kuala Lumpur and the clean-up of its waters and shoreline running 100km upriver.
Over the few months, the media has painted an ominous picture of the project which is now ranked as one of the hardest and most expensive urban river restoration projects ever undertaken.

​READ MORE...

29th July 2019
The Sun newspaper
Picture

17th July 2019
The Star newspaper
River clean-up done well​
Picture
REHABILITATION of Sungai Klang is under way to turn an area in Klang into a major tourism attraction for Selangor.
Called the Selangor Maritime Gateway, the venture will see the river cleaned up and various development projects planned around it.
This will include boardwalks at a mangrove swamp and at a riverside park, as well as water taxi services to transport tourists to these attractions.
The project is expected to be completed by 2022. READ MORE...

22nd May 2019
​The Malay Mail
River of Life developer wants mindset change, saw BMW user dumping rubbish
Picture
KUALA LUMPUR, May 22 — Malaysians have to change their mindset and start caring for rivers, the developer of the River of Life (RoL) project said.
Tan Sri Lim Keng Cheng, managing director of RoL project developer Ekovest Bhd, however, said he has personally seen people throwing rubbish into the river upstream from where the RoL project is located.
“Once I saw a woman getting out of a BMW near Hulu Kelang highway and threw three rubbish bags into the river,” he was reported saying by local daily The Star. READ MORE...


22nd May 2019
The Star newspaper
KL’s Venetian dream collapses
Picture
FIRST it was pollution woes caused by silt and sedimentation originating from illegal land clearing activity upstream of Sungai Gombak, which turned the river and its tributaries into a brown sludge.
Then there was the issue of vandalism and theft of public property in the heritage quarters that saddled Kuala Lumpur City Hall (DBKL) with a RM1mil bill! READ MORE...

25th April 2019
Selangor Kini
Peluang Belanda buktikan teknologi bersih Sungai Klang
Picture
SHAH ALAM, 25 APRIL: Sebuah syarikat pembersihan sungai dari Belanda diberi peluang membuktikan keberkesanan teknologinya dalam usaha membersihkan Sungai Klang.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tempoh percubaan itu akan dibiayai badan bukan kerajaan dengan negara terbabit membawa mesin dan peralatan mereka.
“Percubaan teknologi itu akan dijalankan dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang,” katanya kepada Media Selangor selepas menghadiri sesi pembentangan cadangan Projek Peremajaan Bandar Klang 2019 di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, di sini hari ini. READ MORE...

24th April 2019
​BERNAMA news
Projek Gerbang Maritim berjaya pulihkan Sungai Klang
Picture
UALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Sungai Klang yang dahulunya diklasifikasikan sebagai tercemar, sudah berubah wajah dan semakin pulih hasil program pembersihan dan pemuliharaan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menerusi inisiatif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin berkata, program yang dilaksanakan sejak 2016 itu berjaya meningkatkan kualiti air selain dapat mengembalikan ekosistem semula jadi di sepanjang kawasan sungai itu. READ MORE...

27th Mar 2019
Free Malaysia news
Expert tells why Klang River still looks like teh tarik
Picture
 SHAH ALAM: A water quality specialist has urged the government to consider new strategies to clean up the Klang River, notorious for its “teh tarik” or milk tea colour, saying efforts to address pollution so far have not been effective.
Zaki Zainudin, who has studied water quality and modelling for over a decade, gave the example of the River of Life project, launched in 2012 to clean up and beautify a 10km stretch of the Klang River.
The RM4.4 billion project includes river cleaning, river master planning and beautification, and river development. RM3.4 billion was allocated for clean-up operations and the remaining RM1 billion for landscaping. READ MORE...

14th Mar 2019
The Star Newspaper
Chemical substance detected in Klang River
Picture
SHAH ALAM (Bernama): A chemical substance was detected in the Klang River on Thursday (March 14), believed to be waste illegally dumped there.
Selangor Water Management Authority (LUAS) Datuk Hashim Osman said they received information about the incident at about 6pm Thursday.
"We went to the location to determine the chemical substance and take action to prevent further pollution.
"From the information we obtained, the chemical substance is believed to have been disposed into a drain which flowed into the Klang River," he said. ​READ MORE...
​

30hb Oktober 2018​
​Sinar Harian
Sungai Klang jadi sumber ekonomi baharu

Picture
SHAH ALAM - Kerajaan negeri bakal menjadikan Sungai Klang sebagai salah satu sumber ekonomi baharu menerusi rangka projek jangka panjang Selangor Maritime Gateway (SMG).
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, projek berkenaan akan menjadikan konsep penjanaan semula bandar yang melibatkan industri perhotelan, perdagangan, pelancongan, perumahan serta industri perkhidmatan.
"Ia akan meliputi keluasan kawasan kira-kira 55,612 hektar sepanjang pesisir Sungai Klang dan projek ini juga dapat meningkatkan tahap kebersihan kualiti air di dalam lembangan dan rizab sungai sekurang-sekurangnya pada tahap kedua indeks kualiti air. READ MORE...

14 October 2018
Sinar Harian

Sikap masyarakat punca sungai tercemar
Picture
KUALA LUMPUR - Meskipun melalui proses pembersihan sungai sejak tujuh tahun lalu di bawah projek River of Life (RoL), kualiti air di Sungai Batu, Gombak, di sini masih berada pada tahap tidak memuaskan menyukarkan usaha menukar kualiti air sungai dari kelas tiga kepada kelas satu.
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata, masalah itu berpunca daripada sikap penduduk yang suka membuang sampah ke dalam sungai selain faktor pembangunan, industri dan komersial di kawasan persekitaran sungai.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan kerajaan termasuk membelanjakan berbilion ringgit sejak 2011 untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan merangkumi lapan sungai sepanjang kira-kira 110 kilometer namun kualiti air masih tidak berubah. READ MORE...

29th Sep 2018
New Straits Times
River of Life
Picture
THE river makes trickling sounds, gurgling, popping. It’s very much alive. The mossy rocks that rise from its swirling waters glisten in the late morning sun. The chirrups and whistles of insects never stop. Birds flap on bending tree limbs and tall grasses by the river banks whisper as they move in the soft breeze. The river that courses through the Bukit Lagong recreational park is teeming with life.

Taking off my shoes, I gingerly step into the cool waters to stand with Md Khairi Selamat, the Department of Irrigation and Drainage (DID) River Basin Management Division director. He cuts a forlorn figure, slacks rolled up to his knees as he peruses the river bed.

The water quality here upstream, he tells me, is classified as Class IIB, from the recent samplings and analyses taken earlier this year — suitable for body contact and recreational purposes. However, as the river wends downstream towards built-up areas and meets the main stem of the Jinjang river, it deteriorates into Class III — unsuitable for touch nor recreational purposes — no thanks to the effluent spewing from sewage treatment plants, commercial and residential areas, industries and workshops, food industries, restaurants and wet markets.  READ MORE...

23th September 2018
Sin Chew Newspaper
The River is not a rubbish bin
Picture

1st August 2018
Harian Metro News
​
Indahkan sungai kita
Picture
​Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Lebih 50 peserta yang terdiri daripada pelajar dan masyarakat setempat didedahkan dengan projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) menerusi aktiviti ‘river walk’ sejauh dua kilometer (km) di sepanjang Sungai Klang yang terbabit dengan projek berkenaan.
‘River walk’ antara program Jangkauan Awam ROL (ROLPOP) yang sudah memasuki fasa kelima dilaksanakan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) iaitu sebuah pertubuhan alam sekitar bukan kerajaan yang dilantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.
Turut serta dalam aktiviti berkenaan ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai JPS Malaysia, Md Khairi Selamat dan Koordinator Program Penjagaan Sungai GEC Dr K Kalithasan.
Di Pasar Seni, peserta diberikan maklumat berkenaan ‘kuasa’ teknologi sains dan kejuruteraan dalam kerja pemulihan serta pengindahan sungai.
Peserta juga dikongsikan dengan sebahagian daripada komponen pengindahan sungai seperti ‘penebat boleh lipat, sistem pemintas, kolam biru dan koridor biru.
Md Khairi berkata, lapan sungai terbabit dengan kerja pembersihan seperti Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong sepanjang 110km yang membabitkan kos RM4.2 bilion.
Beliau berkata, kerja pembersihan ROL kini sudah mencapai 86 peratus dan dijangka siap pada Disember 2020 dengan mencapai Indeks Kualiti Air (IKA) Kelas 11B.
“Projek ROLPOP diadakan untuk memastikan projek ROL benar-benar berjaya dan mencapai IKA ditetapkan.
“Ini kerana hasil kajian JPS mendapati 80.1 peratus pencemaran Sungai Klang berpunca daripada bahan buangan sisa pembetungan, sisa air daripada kediaman, bengkal dan pasar basah (12.6 peratus), sisa gris, lemak dan minyak masak dari restoran (3.9 peratus) dan sisa perindustrian (3.4 peratus),” katanya kepada Nuansa.

KERJA pembersihan ROL di Sungai Klang sudah 85 peratus.Menurutnya, tujuan projek ROLPOP bukan saja untuk meningkatkan kesedaran, tetapi membabitkan golongan sasaran bagi mengurangkan pencemaran dan membaiki status kualiti air Sungai Klang termasuk meningkatkan persekitaran sungai.
“Kumpulan sasaran untuk ROLPOP adalah orang awam, komuniti tempatan, pengendali makanan, penjaja, bengkel, pasar basah, perindustrian, korporat, pemaju dan institusi pendidikan,” katanya.
Sementara itu, Dr K Kalithasan yang juga kordinator program Penjagaan Sungai GEC menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi mudah alih ROL Citizen’s Eye dalam telefon bimbit masing-masing.
“Aplikasi ini baru diperkenalkan tiga bulan lalu bagi membolehkan orang ramai menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan kejadian atau aktiviti berkaitan sungai termasuk masalah pencemaran secara terus kepada pihak berkepentingan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 1:24 PM
Sumber: Harian Metro

25th July 2018
The Malaysian Reserve News

The revival of the royal town of Klang
Picture
The Klang River project is expected to provide a more sustainable social and economic impact for the state, including the royal town Klang
By AFIQ AZIZ
THE Selangor government is planning to revitalise Klang and transform the royal town as part of the state’s main economic thrusts.
The plan, which is part of the government’s masterplan by 2030, will see the state government diversifying its income and maximising key locations in Selangor as developments continue to flourish in the most advanced state in the country.
It will also allow the state government to maximise the land use in Selangor.
The programme will be supported by the Klang River Rehabilitation and Redevelopment project. The Klang River has for years been neglected despite the state’s rapid advancement.
Menteri Besar Inc (MBI) CEO Raja Shahreen Raja Othman said the initiative calls for the Selangor Maritime Gateway plans to turn the Klang River into a landmark and subsequently generate economic activities which will benefit the state.
The Klang River has for years been neglected despite the state’s rapid advancement
“The Klang River has a key role to play and a lot of potentials to be unlocked in bringing sustainable social, economic and environmental benefits for the state.
“But to do that, the river must undergo effective management, conservation, protection, promotion, rehabilitation and development,” said Raja Shahreen, who is also a director of Smart Selangor Delivery Unit (now SSDU Innovations Sdn Bhd).
The project, he said, will also boost the Selangor tourism sector, especially the 56km stretch from Petaling Jaya to Klang.
The project will be spearheaded by MBI subsidiary, Landasan Lumayan Sdn Bhd.
Raja Shahreen said Landasan Lumayan has initiated the clean-up programme since 2015, including the investment in log booms to trap, collect and contain floating wastes in the river.
As a result, he said the river water quality has improved from a class-4.5 (not safe for body contact) to class-3 (safe for body contact).
“In the first phase that started this year, the major clean-up operations and rehabilitation of the worst polluted areas included riverbank enhancements and new land developments along the river,” he said.
That development phase is expected to be completed in 2022. The state is targeting to reach a better water quality level which would allow recreational activities to be conducted along the river.
In the second phase which is projected to be completed by 2031, Raja Shahreen said the rehabilitation of the river will focus on maintaining the water quality.
“We would focus on high-impact developments along the river, as well as the islands in the related areas. At the same time, these developments must have a minimum environmental impact to the river,” he said.
MBI also has identified several development zones, including for residential, commercial, public amenities, and park and tourism projects.
“Currently, we have residential units, commercials and other projects along the river, and they contribute to the pollution. It becomes worse when people are also throwing waste into the stream,” he said.
“In the future, we envision the Klang River to be the place where people can sip coffee and dine by the riverside. However, we need to engage all stakeholders for such envision to materialise.
“Perhaps, one day we can source the water from the river for the state’s treated water supply,” he said.
The Klang River project is expected to provide a more sustainable social and economic impact for the state, including the royal town Klang.
”We hope the project will create 32,000 new job opportunities, 18 new destinations, 44km green linear parks and 12,247 residential units along the river,” he said, adding that such prospects would attract people to live along the river.
“We also expect to double the population around Klang from about 600,000 now by 2031,” he said.
“And the people will not have to work far from the city nor stay in other towns. They can live here and work in Klang,” said Raja Shahreen.
“Hopefully, the advancement of Klang will heighten due to all of these projects and developments, and the people can enjoy the beauty of the Klang town, including the Klang River,” he said, adding that the Klang River rehabilitation would restore ecological balance, boost environmental benefits and improve the quality of life of the people, while creating new opportunities and ensuring sustainable development along the river.

4th June 2018
Astro Awani News
​Kutipan sampah di Sungai Klang mencecah 10 tan sebulan
Picture
​​Kutipan sampah dan sisa makanan di sepanjang Sungai Klang di ibu negara mencecah 10 tan setiap bulan. Kos membersih dan melupuskan sampah-sampah ini menelan belanja lebih RM500 ribu sebulan. Kita ikuti laporan Dania Zainuddin.
Kindly view the video in Astro Awani link below:
​

http://www.astroawani.com/video-malaysia/kutipan-sampah-di-sungai-klang-mencecah-10-tan-sebulan-214947​

24th October 2017
Harian Metro News



​59 tan sampah masuk Sungai Klang
Picture
Kuala Lumpur: Segelintir penduduk di sekitar sungai di Lembah Klang masih mengamalkan mentaliti kelas ketiga dengan sesuka hati mencampakkan beg sampah ke dalam sungai.
Tinjauan Harian Metro di kawasan setinggan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Pasir Baru mendapati masih banyak longgokan sampah tersekat di celah batu dalam sungai selain taburan sampah di tempat pejalan kaki.
Penduduk juga mengambil jalan mudah mencampakkan sampah dari kenderaan dengan harapan ia jatuh ke dalam sungai tetapi sampah itu tersangkut di tepi jambatan.
Ketiadaan tong sampah besar berdekatan jambatan mungkin penyumbang kepada pembuangan bungkusan sampah tetapi ia bukan alasan membuangkannya ke dalam sungai kerana tong sampah disediakan di setiap PPR.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala lumpur (JPSWPKL) Nishad Mohamed CJ Mohd Shaffy berkata, 59 tan sampah dikutip sepanjang Sungai Klang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.



“Ia menunjukkan penurunan berbanding 123 tan sampah dikutip sepanjang 2016.
“Kerajaan sentiasa cuba mengatasi masalah sampah di dalam sungai malah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berusaha meningkatkan nilai saman dan kompaun yang dibentangkan dalam Parlimen untuk mengingatkan syarikat perindustrian merawat air kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai.
“Kami mengalu-alukan orang ramai berkongsi maklumat individu dan syarikat yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, membolehkan kami mengenakan tindakan sewajarnya kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, timbunan sampah di permukaan air menyebabkan banjir kilat di Lembah Klang sekali gus menambah jumlah pencemaran akibat sampah yang tidak dikawal.
“Masyarakat perlu mengubah persepsi kerana air sungai dikitar semula untuk dijadikan minuman seharian. Justeru, tidak harus berlakunya pembuangan sampah ke dalam sungai.
“Ia anugerah yang perlu dipelihara untuk kegunaan hari ini dan masa depan kita semua,” katanya berharap perubahan sikap masyarakat mampu menjadikan sungai di ibu negara sebagai tempat tarikan baru.

Sumber:
Harian Metro
​Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 9:50 AM


5th October 2017
Sinar Harian News

​​Sungai Klang berubah wajah
Picture
SIAPA sangka Sungai Klang yang dahulunya terkenal dengan imej sungai penuh kekotoran dan sampah sarap kini sudah berubah wajah.
Media massa pula sering kali menyiarkan  isu lambakan sampah yang meninggalkan persepsi kurang baik kepada masyarakat.
Namun, segala-galanya tampak berubah apabila hasil inisiatif semua pihak terutama Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang tampil ke hadapan mahu mengubah tanggapan dan senario di Sungai Klang.
Begitu juga peranan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang bertindak mengurus operasi pengurusan sisa pepejal setempat di kawasan tersebut.
Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Klang pada hari ini semakin bersih. Ada yang menjalankan aktiviti memancing, membawa anak bersiar-siar serta berjoging di sekitar jambatan.
Seperti kenyataan Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin baru-baru ini, apabila sungai bersih, pihaknya berpeluang menarik pelancong, sekali gus mempromosikan Sungai Klang khususnya di Jambatan Kota yang kini menjadi tumpuan pengantin melakukan penggambaran selain kawasan sekitar Sungai Klang juga dihiasi lukisan mural untuk sesi fotografi.
Ini tidak menghairankan kerana dalam pembentangan Belanjawan Selangor lalu,  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk memulihara dan membangunkan Sungai Klang.
Buaya pun serasi
Berikutan kerja-kerja pemuliharaan Sungai Klang yang mengikut perancangan, kini banyak habitat dan hidupan liar seperti buaya mulai ‘melawat’ dan ‘singgah’ di kawasan berkenaan.
Kecoh jugalah beberapa bulan lalu apabila bukan seekor tetapi tiga ekor buaya yang dikatakan muncul di sungai bersejarah itu.
Malah, pihak MPK sendiri akui buaya ini dapat dijadikan satu tarikan baharu di bandar Klang di mana belum ada lagi buaya masuk ke kawasan bandar.

Masjid Bandar Diraja Klang yang tersergam indah antara mercu tanda yang terdapat di Sungai Klang.Difahamkan, setakat ini kehadiran buaya di sungai itu tidak mendatangkan ancaman kepada orang ramai.
Bagaimanapun, pihak MPK telah mengambil tindakan awal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dengan memasang papan tanda amaran di sekitar Sungai Klang.
MPSJ proaktif kekang masalah
Kes pembuangan sampah yang berleluasa di tepi Sungai Klang beberapa tahun lalu didakwa berkurangan selepas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama agensi penguat kuasa lain mengambil beberapa langkah bagi mengekang masalah daripada berlanjutan.
Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, masih berlaku pembuangan sampah di tepi Sungai Klang membabitkan kawasan berhampiran kilang perindustrian kampung Lembah Kinrara serta kampung Bukit Lanchong.
Namun katanya, jumlah pembuangan sampah kini terkawal dengan pemantauan berkala dibuat pihaknya hampir setiap hari.
Mohd Zulkurnain berkata, longgokan sampah hampir 100 meter di tebing sungai sebelum ini yang menjadi keresahan penduduk juga sudah dibersihkan selepas majlis terima aduan daripada penduduk dan ambil tindakan penguatkuasaan sejak dua tahun lalu.

Lukisan mural dan grafiti yang menjadi daya penarik pengunjung untuk bergambar dan berswafotoBeliau berkata, pihak majlis tidak melakukan penyelenggaraan di tebing Sungai Klang kerana ia di bawah bidang kuasa Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), pihaknya hanya melakukan pemantauan berkala, turun ke lokasi setiap hari.
“Kes pembuangan sampah ini sukar diselesaikan sepenuhnya selagi tiada pembangunan di tepi Sungai Klang, terdapat pihak tak bertanggungjawab ambil kesempatan buang sampah bila ada peluang,” katanya.
Ahli Majlis MPSJ, George Yap berkata, pihaknya tidak lagi menerima aduan daripada penduduk berhubung kes pembuangan sampah dan pembakaran terbuka di kawasan industri Lembah Kinrara berbanding sebelum ini.
“Sekarang saya dapati kes buang sampah tepi sungai tu dah tiada, dulu memang serius tapi lepas Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bina jalan dan pagarkan kawasan, masalah selesai,” katanya.
Sementara itu, pemerhatian dibuat Sinar Harian mendapati kes pembuangan sampah haram yang dilaporkan serius dua tahun lalu kini sudah berkurangan di lokasi terbabit apabila pihak majlis membersihkan kawasan selain pagar dipasang pihak berkenaan bagi mengelakkan lori menuang sampah ke sungai.

Sumber:
Sinar Harian
​Artikel ini disiarkan pada : 5 Oktober 2017 



17th September 2017 
​Malaysia Digest
“If People Do Not Stop Throwing Rubbish Into The Rivers, Floods Will Occur"
Picture
Prime Minister Datuk Seri’ Najib Tun Razak launched the River of Life (ROL) project back in April of this year, and subsequently announced that the project will welcome approximately 27,000 new employment opportunities.
The project is aimed at reviving and restoring health and vitality to the Gombak and the Klang rivers but with the project being 80% completed thus far, media reports have surfaced of littering and garbage being dumped into the river hindering the project’s success.
"To date, clean-up efforts are currently commencing along a 110km network of 8 rivers, consisting Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang and Sungai Keroyong.
"At the start of the ROL project in 2011, the water quality was classified as Class 3 or 4 (unsafe for body contact). This will change in 2020 when water quality gets rehabilitated to Class 2B (defined as safe for recreation and body contact)," Najib wrote on his blogpost about the project.
However, all the government's efforts and investment will be in vain if the public continue with their habit of indiscriminate READ MORE...


​19th Aug 2017
Selangor TV news

MPK komited pulihara Sungai Klang
Video: YDP MPK Dato’ Mohamad Yasid Bidin

​Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Kelab Warisan Sungai Klang hari ini telah mengadakan program gotong-royong dan melontar bebola enzim dari bahan semulajadi, bertujuan memulihara dan membersihkan Sungai Klang.

8th July 2017
Selangorkini news


​Buaya Sungai Klang disangka satu rupanya tiga
Picture

​KLANG, 8 JULAI: Andaian hanya seekor buaya yang menjadikan Sungai Klang sebagai habitatnya ternyata meleset apabila penemuan terbaharu mendapati terdapat tiga ekor buaya di sungai bersejarah itu.
Yang DiPertua (YDP) MPK, Dato’ Yasid Bidin, berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Jabatan Perhilitan baru-baru ini.


“Buaya itu masih berada di dalam Sungai Klang dan saya menerima imej terbaharu di mana salah seekor buaya itu sedang berehat di atas tebing  kering.
“Buaya ini juga kita akan jadikan satu tarikan baharu di bandar Klang di mana belum ada lagi buaya masuk ke kawasan bandar. Jika buaya ini boleh membiak kita akan promosikan lagi.
“Kita tak tahu jumlah sebenar buaya yang ada di Sungai Klang tetapi kami dimaklumkan oleh Jabatan Perhilitan setakat ini ada tiga ekor semuanya.
“Bagaimanapun kita belum kaji dengan terperinci ada berapa ekor sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPK berhampiran Sungai Klang di Taman Pengkalan Batu, di sini, semalam.
Jelasnya, setakat ini kehadiran buaya di sungai itu tidak mendatangkan ancaman kepada orang ramai.
Bagaimanapun katanya, MPK telah mengambil tindakan awal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dengan memasang papan tanda amaran di sekitar Sungai Klang.


7th February 2017
​The Star newspaper

​Croc sighting near busy bridge

A viral video of a two-metre long crocodile, spotted swimming in the river near the busy Kota Bridge, has caused a stir in Klang. Selangor department of Wildlife and National Parks director Abd Rahim Othman said although the crocodile did not pose a danger to the public, the department would put up warning signs along the river banks.

We Would Love to Have You Visit Soon!

Warisan Sungai Klang (PPM - 001 - 10 -22122016)
2602, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Home
  • About
  • History of Kota Bridge & Klang River
    • History of Kota Bridge
    • History of Klang River
  • Club Activities
  • Media
  • Resources
    • River News
    • River Conservation Worldwide
  • Coming Event
  • Donate